Al Quran · Hadith · TADABBUR

Tadabbur Surah Al Insan

Sekian lama tidak menulis di nota di blog, Insya Allah saya akan mencoretkan nota tadabbur Surah Al Insan Kuliah Ustaz Muien di Platform FB/Youtube Ghulam Al Dakwah sedikit demi sedikit…

Kenapa memilih Surah ini untuk tadabbur? Kerana anak anak saya 3 orang ketiga tiganya (11,10,8 tahun) sudah menghafaz Surah ini dan hati kecil saya tertanya apa pula usaha saya untuk menghafaz? Di usia hampir memasuki usia matang ini, saya perlu usaha untuk memahami (tadabbur) barulah mudah untuk saya hafaz biznillah.

SURAH AL INSAN

Nabi Muhammad saw selalu membaca Surah Al Insan pada hari Jumaat yakni ketika Solat Subuh , di mana Baginda membaca Surah Al Sajdah pada rakaat pertama dan Surah Al Insan pada rakaat kedua.

Kenapa baca Surah Al Insan pada Hari Jumaat? Ada ulama yang berpendapat kerana dalam Surah Al Insan banyak cerita tentang Hari Kiamat, ada kisah penciptaan manusia dan Allah juga menciptakan Nabi Adam as dan Hawa pada hari Jumaat malah Hari Kiamat pun bakal terjadi pada Hari Jumaat

ADA APA PADA SURAH AL INSAN

Surah Al Insan menceritakan perjalanan manusia bermula dari sebelum ada sehingga ada dan lahir ke dunia, apa patut dibuat oleh manusia di dunia, dan selepas mati apa yang akan berlaku.

AL INSAN AYAT 1

هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا

” Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?” (76-1)

Maksud ayat:

  • Sebelum kita dilahirkan, tiada orang yang sebut nama kita (Ibu bapa, anak2,cikgu,kawan belajar,kawan sekerja)
  • Apa yang Allah nak bagitahu kita? Kamu bermula dari tiada kepada ada, tapi bila dah ada nama ada pangkat, kamu dah tak solat, kamu solat lambat, kamu tak ikut perintah Allah. Kenapa kamu sombong? Sedangkan dahulu kamu tidak disebut oleh sesiapa pun( لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا)
  • Kamu sombong! Apabila kamu tak nak belajar ayat Allah
  • Kamu sombong! Apabila kamu tak ada masa nak belajar Al Quran
  • Ustaz bagi analogi, Rumah Dunia vs Akhirat. Untuk dapat Rumah Dunia, kita usaha keluar cari rezki pagi balik petang, sedangkan dunia tidak kekal. Rumah Akhirat yang kekal abadi, kita tidak berusaha!
  • Bagaimana nak bina Rumah di AKhirat? Belajar ,hafaz, faham dan amal 1 ayat Al Quran dan seterusnya supaya tingkatan Syurga kita semakin naik dan naik

AL INSAN AYAT 2

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” (76-2)

  • Allah sambung lagi, kenapa kamu nak sombong! Dahulu kamu tiada apa apa, tiada orang sebut kamu, malah kamu diciptakan dari air mana yang hina
  • Kenapa Allah ciptakan manusia? Tujuannya : نَبْتَلِيهِ Untuk kami mengujinya (manusia) dengan perintah dan larangan
  • Allah ingin uji manusia dengan bagi 2 alat yakni :سَمِيعًا deria pendengaran dan بَصِيرًا deria penglihatan
  • Allah nak uji manusia , nak lihat apa?
  • Rujuk ayat 3 Surah Al Mulk الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا : Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya (Ahsanu Amala)
  • Apa kaitan deria penglihatan dan pendengaran dengan tujuan Allah ciptakan manusia? Sebab Allah nak lihat siapa yang pilih jalan hidayah (76-3) dan siapa yang kufur (76-4)

AL INSAN AYAT 3

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

“Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir” (76-3)

  • Allah telah beri jalan hidayah namun manusia yang memilih jalan mana yang akan diikuti samada kita jadi orang yang BERSYUKUR atau orang yang KUFUR
  • Orang yang bersyukur bermaksud taat kepada pemberi nikmat dengan ikut perintah pemberi nikmat dan jauhi larangan.
  • Orang yang bersyukur bukanlah orang yang ucapkan terima kasih kepada Allah tetapi tidak solat, tidak tutup aurat!
  • Sedangkan Nabi Muhammad saw yang dijamin syurga pun setiap malam mengabdikan diri kepada Allah sehinggakan bengkak kaki lantas ditanya isteri kesayangannya, Aisyah, lantas jawapan Rasulullah saw “أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا”
  • Hadith Riwayat Muslim
  • حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ وَهَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي أَبُو صَخْرٍ عَنْ ابْنِ قُسَيْطٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلَاهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا -Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma’ruf dan Harun bin Sa’id Al Aili keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb telah mengkhabarkan kepadaku Abu Shakhr dari Ibnu Qusaith dari Urwah bin Az Zubair dari Aisyah berkata: Bila shalat, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri hingga kaki beliau bengkak. Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, kenapa Tuan melakukan ini padahal Allah telah mengampuni dosa Tuan yang telah berlalu dan yang dikemudian. Beliau bersabda: Apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?

AL INSAN AYAT 4

إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَلَاسِلَ وَأَغْلَالًا وَسَعِيرًا

“Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.” (76-4)

  • Balasan untuk orang yang kufur di dunia yakni rantai rantai yang mengikat tangan ke leher dan Api Neraka menyala nyala
  • Rujuk ayat 19-21 Surah Al Hajj untuk melihat penderitaan ahli Neraka di mana pakaian mereka dari api Neraka, di siramkan air mendidih sehingga binasa perut dan kulit mereka, malah disebat dengan cemeti besi!
  • هَٰذَانِ خَصْمَانِ ٱخْتَصَمُوا۟ فِى رَبِّهِمْ ۖ فَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِّن نَّارٍ يُصَبُّ مِن فَوْقِ رُءُوسِهِمُ ٱلْحَمِيمُ Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka. (Al Hajj-19)
  • يُصْهَرُ بِهِۦ مَا فِى بُطُونِهِمْ وَٱلْجُلُودُ Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka). (Al Hajj -20)
  • وَلَهُم مَّقَٰمِعُ مِنْ حَدِيدٍ Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi. (Al Hajj-21)

Insya Allah akan disambung lagi , sekarand dalam proses tulis nota di kertas sebelum di tulis kembali di blog mengikut kefahaman yang sedikit ini. Doakan saya

Al Quran · KEKELUARGAAN · Kembara Ilmu · TADABBUR

Mengenali siapa Allah dari Tadabbur Surah Al Nas , Al Falaq dan Al Ikhlas

Harini belajar tadabbur Surah 3 Qul yakni Al Ikhlas , Al Falaq & Al Nas. Menarik kupasan 3 Qul ini, Ustaz Dr Saufi Man tentang Allah dan kekuasaannya.

Siapakah Allah?

  • Allah Maha Esa
  • Allah Tempat Mohon Hajat (bersandar)
  • Allah tidak beranak dan diperanakkan
  • Allah tiada kuasa lain sebandingNya
  • Allah Rabbul Falaq (Pemilik waktu Subuh/perkara ghaib)
  • Allah Rabbul Al Nas (Pemilik/Pengatur Manusia)
  • Allah Malik Al Nas (Raja/Pemimpin Manusia)
  • Allah Ilah Al Nas (Sembahan Manusia)

Melawan 5 kejahatan

  • Kejahatan apa makhluk yang diciptakanNya
  • Kejahatan waktu malam apabila ia gelap
  • Kejahatan wanita2 penyihir
  • Kejahatan orang dengki apabila ia bertindak
  • Kejahatan bisikan was was/syak/x yakin Syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Begitu hebat surah 3 Qul ini, memohon perlindungan dengan Allah dan kekuasaannya jadi marilah sama sama beramal. Pesan Ustaz, jangan malas nak baca 3 Qul ini sebelum tidur, waktu pagi dan petang, sentiasa mohon perlindungan dengan Allah..

Syaitan akan membisikkan ” Tak payahla pergi majlis ilmu” ….

sedangkan Allah menjanjikan orang yang hadir majlis ilmu akan mendapat

❤️ Rahmat Allah
❤️ Ampunan Allah
❤️ Doa para Malaikat

Rahmat dari segi apa? Kupas Ustaz, rezeki yang mencukupi, dijauhkan dari bala’ dan dapat redha Allah.

Maka rajin rajinlah kita berusaha hadir majlis ilmu🥰

Hadits #1448
وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ وَعَنْ أَبِي سَعِيْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالاَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُوْنَ اللهَ إِلاَّ حَفَّتْهُمُ المَلاَئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhuma, mereka berdua berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, ‘Tidaklah suatu kaum duduk berdzikir (mengingat) Allah, melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi oleh rahmat, diturunkan sakinah (ketenangan), dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.’” (HR. Muslim, no. 2700)

Sumber https://rumaysho.com/17524-majelis-ilmu-dikelilingi-malaikat.html

notatadabbur

tasnimtadabbur

Al Quran · TADABBUR

Jangan Bertangguh Buat Amal Kebaikan

Jangan Bertangguh Buat Amal Kebaikan❗❗

Pesan Kuliah Dr Abu Anas Madani Jumaat 10 May 2024

ISTIQAMAH DENGAN AL QURAN & AMAL SOLEH SELEPAS RAMADHAN

💚Urusan harian jika tak disusun akan jadi tak tersusun, jika tak diatur akan jadi tidak teratur (tiada masa untuk perkara prioriti)
💚Kata Ulama – Setiap Muslim wajib kena peruntukkan masa dengan Al Quran, Baca walaupun sedikit, belajar walau 1 ayat!
💚 Baca Al Quran pun sudah dapat pahala 10 kebaikan dengan 1 huruf sahaja
💚Jadilah golongan Ulul Albab — suka belajar kaji hayati dan amal Al Quran
💚Peruntukkan berapa banyak hizb (kadar/🎯 target) samada bacaan atau tadabbur.
1) Contoh : 1 juz sehari (khatam 1bulan 1x) baca 10 page sehari (khatam 2 bulan sekali)
2) Contoh : belajar 2 ayat sehari tadabbur Al Quran @ target belajar Surah ni dalam masa 2bulan.

💚Kenapa pentingnya istiqamah dengan amal? Sebab bila ada keuzuran (cth period/sakit) atau halangan (musafir/dll) yang membuatkan kita terhalang dari amal yang kita buat sehari hari, kita tetap akan dapat pahala sepertimana kita buat masa kita lapang/sihat sehari2. Umpama pahala pencen, Ustaz AAM nak bagi mudah faham
💚 Contoh jika kita sentiasa amal 12 rakaat rawatib setiap hari tetapi bila ada keuzuran/musafir ,kita terhalang tetapi Allah tetap tulis pahala bagi pihak hambaNya (Kisah dari Perang Tabuk)
💚Kita jangan rugi pahala dari kesilapan teknikal ( tak usaha istiqamah beramal soleh yakni buat amal soleh ketika badan kita masih sihat)
💚Berikanlah masa untuk Al Quran setiap hari, bukan ada masa lapang baru baca!
💚Surah Fatir ayat 29, 3 ibadah yang merupakan perniagaan yang tidak akan rugi di sisi Allah yakni, orang yang baca Al quran, orang yang Solat dan orang yang berinfaq secara diam/terangan

اِنَّ الَّذِيْنَ يَتْلُوْنَ كِتٰبَ اللّٰهِ وَاَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاَنْفَقُوْا مِمَّا رَزَقْنٰهُمْ سِرًّا وَّعَلَانِيَةً يَّرْجُوْنَ تِجَارَةً لَّنْ تَبُوْرَۙ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al-Qur’an) dan melaksanakan salat dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi,

💚Ramadhan sebagai madrasah latihan amal soleh, selepas Ramadhan apa? Kita kena usaha berdikari buat amal soleh dengan istiqamah, kena ada masa khas
💚Jangan lupa cari masa untuk 3 perkara : Baca Al Quran, belajar tadabbur Al Quran & beramal dengan Al Quran.
💚Golongan hajrul Quran (orang2 yang mengabaikan/jauh dari Al Quran) ada 5 golongan

1)Golongan hajrul Quran, yang tersangat jauh dengan Al Quran, takde masa baca tak tadabbur solat lalai
2) Golongan yang baca Al Quran tapi tidak beramal dengan Al Quran
3) Golongan yang tidak ambil Al Quran sebagai sumber perundangan
3) Golongan hajrul tadabbur, baca sahaja Al Quran tapi tidak berusaha untuk memahami Al Quran
5) Golongan yang tidak selesa bila baca Al Quran (terlalu banyak berteori)

Boleh dengar sendiri kuliah 👉👉https://www.facebook.com/share/v/2k2vHFu5r96SReVg/?mibextid=oFDknk

notatadabbur

kuliahAAM

Al Quran · Ramadhan · TADABBUR

Refleksi Ramadhan 1445 H

Alhamdulillah kita masih dikurniakan ruang masa umur untuk sampai ke bulan Ramadhan, bulan ibadah yang ditunggu2 oleh orang2 Beriman. Bulan diturunkan Al Quran bulan yang mengandungi Lailatul Qadar bulan keampunan Allah, bulan dibukakan pintu pintu Syurga dan ditutup pintu pintu Neraka serta syaitan2 diikat.

Masya Allah, jika kita imbau kembali di sekitar kita ada kawan, ada jiran, ada kenalan kita ada kenalan di Facebook yang sudah kembali ke Rahmatullah menjelang saat saat sebelum Ramadhan tiba. Maka ambillah pelajaran dan peluang berbaki dari usia kita di bumi ini di dunia yang fana ini untuk beribadah semaksima mungkin, perbaiki hubungan dengan Allah (habluminAllah) dan hubungan dengan manusia(habluminnanas).

RAMADHAN 1445 H bermula 12 Mar 2024

Hanya sehari selepas sekolah dibuka kita semua dijemput ke bulan yang mulia ini. Bulan ini, saya mengambil keputusan belajar tadabbur melalui platform Utube kerana ingin berehat sebentar dari platform FB yang bagi saya banyak betol dugaan untuk lalai dan leka melihat update di newsfeed(buat sayalah)

Antara pilihan murabbi ialah Ustaz Muien (Ghulam AL Dakwah), Ustazh Adi Hidayat, Ustaz Nouman Ali Khan (Bayyinah Institute) juga Ustaz Syaari. Kali ini saya ingin berkongsi nota pendek dari Refleksi Juzuk hasil syarahan Ustaz Syaari Abdul Rahman, semoga bermanfaat. Video boleh diakses dari platform IG dan Tiktok Ustaz.

Juzuk 1

Juzuk 2

Juzuk 3

Juzuk 4

Juzuk 5

Juzuk 6

Juzuk 7

Juzuk 8

Juzuk 9

Al Quran · Hadith · IBRAH 114 · KEKELUARGAAN · Kembara Ilmu · TADABBUR

Al Quran dan Keluasan Rezeki

Hari hari kita kejar rezeki siang malam pagi petang

Kita faham tak apa maksud sebenar rezeki?

Konteks Rezeki mengikut acuan Al Quran & Sunnah

Jom lapangkan dada dan masa dengar kuliah Ustaz Abdul Muien dari tim Ghulam Al Dakwah anjuran Pertubuhan Ohana, yang bertajuk👇

“Al Quran dan Keluasan Rezeki”

✅Part I (Konsep Rezeki): https://fb.watch/mZruxxxQ2q/?mibextid=Nif5oz

✅Part II (Punca dapat Rezeki) : https://fb.watch/mZrJT8KT8n/?mibextid=Nif5oz

Rezeki terbahagi kepada dua

1) Umum – untuk semua orang beriman,orang kafir, haiwan dan semua mahkluk. Rezeki umum termasuk material, makanan,tempat tinggal, duit pangkat harta dll

2) Khusus – Hanya untuk orang Beriman yakni rezki ilmu dan taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Setiap hari kita kejar rezeki yang mana?

Yang memang sudah ditetapkan ,yang diberikan kepada semua makhluk atau yang khusus?

Bila faham, rasa tenang jer jiwa Masya Allah Berikut sedikit nota kuliah perkongsian saya berjaya akhirnya diterjemahkan di atas kanvas blog.

Al Quran dan Keluasan Rezeki

  1. Semakin manusia faham Al Quran, rezekinya semakin luas sebaliknya semakin manusia jauh dari Al Quran, rezekinya semakin sempit
  2. Orang paling luas rezekinya dan paling bahagia hidup di dunia ialah Rasulullah saw kerna paling hampir dengan Al Quran, paling bertaqwa.
  3. Hidup Rasulullah saw dipandu sepenuhnya kepada Al Quran, sehingga ditanya kepada Aisyah “Bagaimana akhlak Al Quran”. Jawab Aisyah ra “ Kana khuluqul Al Quran”.

PART I – Konsep Rezeki

Konsep Rezeki (1) – Tujuan manusia diciptakan bukan untuk mencari Rezeki tetapi untuk beribadah

Dalil Surah Az Zariyat Ayat 56-58:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (ayat 56)

Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku (ayat 57)

Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh (Ayat 58)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (ayat 56)

  • Sistem kehidupan kita di awal usia lagi sudah silap konsep, dari seawal tadika di ajar ke sekolah untuk dapat kerja hebat hebat cita2 seperti doktor engineer askar
  • Mulut kita cakap ,manusia diciptakan untuk beribadah tetapi hakikatnya banyak masa manusia dihabiskan untuk mencari rezeki .
  • Manusia tiada masa untuk belajar dan memahami Al Quran kerana sibuk mencari rezeki sehari hari
  • Antara dua ayat : Aku ciptakan manusia untuk beribadat vs TIdak aku ciptakan manusia melainkan untuk beribadah (maksudnya lebih jelas, tujuan penciptaan)
  • 24 jam manusia perlu beribadah, solat hanya salah satu wasilah ibadah

Punca kita ada masalah dengan rezeki sebab kita ada masalah dengan Pemberi Rezeki

Berapa masa kita luangkan untuk Al Quran dalam sehari?

  • Berapa lama kita baca dan tadabbur Al Quran ? 30 minit? Dua jam?
  • Kenapa bila baca Al Quran kita hadkan masa tetapi aktivit lain kita tak hadkan masa. Had masa maakan ,had masa lepak dengan kawan kawan, had bersembang
  • Dengan handphone tak ada had? Dengan Facebook tak ada had? Teruk tak kita dengan Allah.
  • Kita hadkan pula baca Al Quran waktu pagi sahaja…petang malam tak ada.
  • Solat Fardhu Subuh, Nabi baca surah 60-100 ayat kita?
  • Saidina Uthman Affan – khatam Al Quran 1kali seminggu. 4 juzuk sehari lebih kurang 2-3 jam sehari, ketika itu dialah Khalifah Negara menguruskan negara dan juga orang yang kaya tetapi luangkan masa banyak dengan Al Quran
  • Kita? Bukan ketua negara bukan ketua negeri tidak kaya tapi tak ada masa dengan Al Quran
  • Punca kenapa? Sebab kita tak faham habiskan masa untuk cari rezeki, ada lebihan baru kita guna untuk beribadah
  • Kebanyakkan manusia tiada masa untuk beribadah sebab sibuk cari rezeki

Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku (ayat 57)

  • Kenapa lepas Allah bagitahu tujuan kita beribadah, Allah bagitahu Allah tak nak rezki kita dan tak perlu kita bagi makan?
  • Kita sebagai manusia bila kita suruh orang buat apa2 kita akan dapat tak manfaat dari orang itu? Dapat manfaat kan contoh bos dan pekerja, bos bagi gaji pekerja beri perkhidmatan
  • Bezanya, Allah mintak kita beribadah bukan untuk Tuhan tetapi untuk diri manusia sendiri. Manusia dapat faedah tak? 100% dapat, tetapi kita tak berlumba untuk buat ibadah (kerja dengan Allah) tetapi kita fokus cari rezeki dengan bekerja dengan manusia

Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh (Ayat 58)

  • Allah Dialah Pemberi Rezeki, kenapa kita kurang masa dengan Tuhan tetapi lebihkan masa dengan manusia
  • Berapa ramai tinggal solat sebab nak cari rezeki
  • Berapa ramai langgar perintah Allah sebab nak cari rezeki
  • Kenapa Allah perintah Nabi Muhammad saw dan para sahabat berhijrah ke Madinah
  • Berhijrah ke Madinah dari Makkah
  • Tinggal Makkah tinggal keluarga, tinggal harta,tinggal pekerjaan
  • Berhijrah kerana tujuan penciptaan tidak dapat disempurnakan (tak boleh solat jemaah, tak boleh beribadah secara terbuka) bukan pasal rezeki
  • Allah bagi ancaman bagi sesiapa yang berhijrah –tempat mereka ini di Neraka Jahannam kerana tujuan mereka telah bertukar kerana rezeki
  • Ibrah untuk kita? Jika pekerjaan kita sekarang menghalang dari solat awal waktu, ibadah terhalang apa yang kita buat?Masih stay atau kita usaha berhijrah.

Konsep Rezeki (2) -Rezeki telah ditetapkan (tidak bertambah dan berkurang) dan telah dijamin oleh Allah

Dalil Surah Hud ayat 6

  1. “dabbah’ – semua binatang melata (manusia/haiwan/jin)
  2. “illa ala Allah” – semua Allah jamin rezekinya
  3. “mustaqarraha” – tempat tinggal
  4. “mustawdaaha” – tempat mati @ berpindah
  5. Rezeki kita telah ditetapkan , tidak bertambah mahupun berkurang.
  6. Kewajipan kita bila faham rezeki telah ditetapkan adalah qanaah (cukup dan redha) dan bawa ketenangan
  7. Mana lebih mahal RM50 atau ketenangan?
  8. Banyak kita tahu lain dan buat lain, faham rezeki telah ditetapkan tetapi tetapi kejar rezki dan melupakan ibadah kepada Allah sampai tidak ikut perintah Allah (solat dll)

Hikmah Rezeki dari langit (dalil Surah Az Zariyat ayat 22)

  • Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu.
  • Rezeki langit (hujan) asas punca rezeki air hujan menumbuhkan pokok jadi makanna haiwan dan seterusnya jadi makanan manusia, rezeki dari atas (Tuhan)
  • Rezeki yang dijanjikan (yakni pahala) – berkekalan sehingga Akhirat
  • Antara dua rezki ni yang mana manusia lebih banyak habiskan masa? Rezki hujan berbanding rezeki pahala. Kenapa?
  • Bila Allah kata rezeki kamu di langit apa perasaan kita?
  • Berbanding duit simpanan di bank? Mana yang kita lebih yakin
  • Kisah orang Badwi jumpa ulama besar nama Asmai sewaktu sama musafir di atas unta, kamu dari mana? Kabilah Asma. Owh kamu Asmai ke ulamak hebat, kamu datang dari mana? Aku datang dari tempat orang baca Al Quran. Boleh tak baca Al Quran untuk aku dengar, bila Ulama Asmai’ baca ayat 22 Surah Az Zariyat apa orang Badwi buat? Dia turun unta sembelih dan bahagikan harta kepada orang, Masya Allah, kenapa? Orang beriman bila dengar ayat Quran terus beramal…dia terus bagi apa yang dia ada. Kita? Bukan senang nak sampai ke tahap ni..
  • Nabi buat contoh supaya kita ikut perangai burung? “Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang” (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khathab).

Manusia tidak akan mati sehingga dia habiskan rezekinya

  • Sebab itu bila dapat harta, Nabi akan infaq semua sekali, kenapa Nabi tak simpan untuk esok. Sebab Nabi yakin dengan ayat Allah. Ada 1 hadith “ Tidaklah Seorang Hamba Akan Mati Sebelum Sampai Genap Rezeki bagiannya

    عن جابربن عبد الله رضي الله عنه قال، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
    لا تستبطئوا الرزق, فإنه لن يموت العبد حتى يبلغه آخر رزق هو له, فأجملوا في الطلب;أخذ الحلال وترك الحرام

    Dari Jabir bin Abdillah -radhiyallah anhu, Rasulullah -shalallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Janganlah kalian putus asa dari rezeki, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati kecuali telah sampai genap rezekinya yang merupakan bagiannya, maka perbaikilah cara mencari rezeki; mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram” (HR. Al Hakim dlm Al Mustadrak (2/4)
  • Cerita lelaki jatuh dari telaga, kali pertama jatuh dia selamat, orang selamatkan bagi selimut dan segelas susu panas, orang bertanya bagaimana kamu boleh jatuh? Dia tunjukkan cara dan jatuh akhirnya mati..kenapa pertama kali jatuh tidak mati sebab masih ada rezeki yang belum habis
  • “Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”- At Talaq ayat 3
  • Bekerja tak salah menyimpan tak salah, tetapi janganlah sampai bekerja sehingga lupakan ibadah dan Al Quran

Sesiapa letak Al Quran di hadapan, AL Quran akan pandu hidupnya ke Syurga

  • Sesiapa  “Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih
  • Hadith “Siapa yang ada 3 perkara dia ada semua dunia dan isinya” Siapa yang berada di pagi hari dalam keadaan aman pada dirinya –ada yang mengatakan: tempat tinggal dan kaumnya-, sehat jasmaninya, dan ia memiliki makan siang serta makan malamnya, maka seakan-akan dunia dengan seluruh isinya telah dikumpulkan dan dihimpun untuknya
  • Hadith “Dunia ibarat kambing cacat”

Konsep Rezeki (3) – Redha dengan pembahagian pemberian Allah

  • Jika direzkikan dengan sedikit dia redha dan syukur
  • Dalil Surah An Nahl ayat 97 –  Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan-Referensi : https://tafsirweb.com/4445-surat-an-nahl-ayat-97.html
  • Maksud kehidupan yang baik (hayatan tayyibah) – hatinya lapang je, mudah nak buat ibadah syarat perlu beriman dan beramal soleh
  • Dan Allah akan balas dengan balasan yang lebih baik (ahsan) di Akhirat
  • Kerja dengan Allah beriman dan beramal soleh, kerja 30-40 tahun gaji kekal selalamanya di balas lebih baik.
  • Hadith Nabi “Seorang mukmin itu sungguh menakjubkan, karena setiap perkaranya itu baik. Namun tidak akan terjadi demikian kecuali pada seorang mukmin sejati. Jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, dan itu baik baginya. Jika ia tertimpa kesusahan, ia bersabar, dan itu baik baginya.”
  • Allah uji kita (banyak harta baik, sikit harta pun baik) sihat pun baik sakit pun baik, Rezeki paling mahal ialah redha dengan pembahagian Allah

Konsep Rezeki (4) – Yakin rezeki telah di atur oleh Allah samada sedikit atau banyak

  • Bila kita yakin, kita tenang dan tidak tamak dengan dunia.
  • Nak cari rezeki kena berusaha, tetapi adakah kita dapat rezeki dengan usaha? Tidak  kerana mencari rezeki itu perintah Allah sebagai ikhtiar sebagai ibadah
  • Ada yang tak usaha dapat rezeki? – contoh pemuda Kahfi, rezeki umur panjang dalam rahmat dan ibadah dan terjaga aqidah. Ketika dalam gua , mereka mintak makanan (rezeki) atau rahmat?
  • Rezeki paling mahal ialah rahmat Allah , doa pemuda Kahfi ayat 10 Surah Al Kahfi “(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).’”
  • Kita di rumah simpanan duit ada, makanan penuh dalam peti ais tetapi kita mintak tak rahmat Allah? Kita jauh dari rahmat Allah tetapi mintak lagi rezeki. Kenapa? Kita agama ikut ikutan – hidup nak rezki, hidup nak senang

 Yang kamu bagi harta kamu Yang kamu simpan harta orang

  • Nabi nak didik para sahabat “ Siapa harta orang lain lebih dia sayang dari harta sendiri?” Sahabat menjawab “ Ya Nabi, tiada siapa sayang harta orang lain melainkan semua sayang harta sendiri”
  • Nabi jawab yang kamu bagi harta kamu yang kamu simpan harta orang , bila sedeqah sedikit je sekali simpan banyak. Penat kita cari harta tetapi rupanya untuk orang…
  • Ada suatu hari Nabi tergesa2 keluar selepas solat fadhu Asar, rupanya Nabi teringat ada seketul emas Nabi simpan belum infaq…
  • Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda: لو أن ابن آدم هرب من رزقه كما يهرب من الموت لأدركه رزقه كما يدركه الموت “Seandainya anak Adam lari dari rezekinya sebagaimana larinya dia dari kematian, niscaya rezeki itu akan mendatanginya sebagaimana kematian akan mendatanginya” (Dihasankan Syaikh Al-Albani).
  • Sebenarnya rezki dan mati sama je -rezki tak ada alamat tapi dia tahu alamat kita walau dimana sahaja kita berada.
  • Kalau kita yakin pada Allah, jiwa kita tenang je fokus ibadah. Jika jiwa tak tenang kita banyak tertingal amal soleh.

Konsep Rezeki (5) – Rezeki akan dapat dengan usaha tetapi usaha tidak ada kaitan dengan rezeki

  • Contoh dalam Al Quran tidak berusaha tetapi dapat rezeki – Maryam dapat buahan rezki (Ali Imran ayat 37)
  • Contoh dalam Al Quran berusaha dan dapat rezeki – ketika sarat bersalin Allah perintahkan Maryam goyangkan pokok kurma (sebagai usaha) loginya pokok kurma besar(kalau goncang takkan gugur) dan tengah sarat tidak larat tetapi mematuhi perintah Allah sebagai amal soleh (Surah Maryam ayat 25). Usaha perlu tapi tiada kaitan dengan rezeki
  • Dalil kena usaha untuk rezeki dari Surah AL Mulk ayat 15 “Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya (usaha cari rezeki)dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” Maksud “dan” rezeki Allah ditetapkan
  •  (Surah Jumaah ayat 10) Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” – Lepas solat Jumaat, boleh cari rezeki dan berzikirlah sebanyak

PART II – Hakikat Punca dapat REZEKI

Rezeki

Terbahagi kepada 2

  1. Umum – Untuk semua manusia yakni beriman @ kafir. Rezeki umum termasuk makanan, tempat tinggal, pekerjaan, harta dll
  2. Khusus – Khas untuk manusia yang beriman sahaja yakni nimat iman dan taufiq untuk mengerjakan Amal Soleh.

Sebab dapat rezeki :-

  1. Ma’diyah – usaha manusia samada kerja @ simpan
  2. Ma’nawiyah – Mentaati perintah Allah (x nampak pada mata kasar sepertimana berusaha)

SEBAB HAKIKI DAPAT REZEKI

Mentauhidkan Allah ( Al A’raf ayat 96)

  •  “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.”- Al A’raf ayat 96
  • Beriman bermaksud – yakin dan percaya manakala bertaqwa bermaksud melaksanakan perintah dan larangan Allah

Bertaqwa kepada Allah (At Talaq ayat 3)

  •  “Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”- Al Talaq Ayat 3
  • Contoh seorang wanita yakni Siti Hajar ,Hajar di tengah padang pasir ditinggalkan tanpa sebarang kemudahan dan dia tidak bekerja, dan kemudian Hajar dapat rezeki tidak disangka iaitu Air Zamzam (di luar jangkaan manusia tanpa sungai tanpa aliran dari laut sehingga nikmat ini dapat dinikmati kepada berbillion manusia sehingga kini).
  • Apakah taqwa Hajar? –} Taqwa bermakna sami’na waatho’na dengan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim as yakni meninggalkannya dan Ismail di tengah padang pasir. Takde sungai? Takde masalah sebab ada pencipta sungai. Takde rezeki? Takde masalah sebab pencipta Rezeki ada. Takde suami? Takde masalah sebab Allah Ada. Tingginya taqwa dan tawakkal Hajar Masya Allah
  • Ada seorang sahabat bernama Aus bin Malik, anaknya ditawan Musyrikin jadi isterinya sedih. Beliau mengadu kepada Rasulullah saw, Nabi cakap
    ”Isbir wataqillah” Bersabar dan bertaqwa kepada Allah, bacalah Zikir La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Bila Aus balik ke rumah, isterinya bertanya apa kata Rasulullah, beliau cakap 3 perkara (sabar, taqwa,zikir) Tak lama kemudian ada orang ketuk pintu ,anaknya bersama 100 ekor unta. Masa ketika ditawan, orang Musyrikin menawan tidur jadi dia balik dan bawa sekali unta2. Rezeki yang tak disangka2 hasil usaha kedua ibu bapanya yakni taqwa ikut saranan Nabi. Usaha menjadi orang bertaqwa adalah usaha penting untuk dapat rezeki.

Menunaikan perintah Allah untuk Solat asbab rezeki (Surah Taha ayat 132)

  • “Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan salat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa.” Taha ayat 132
  • Antara punca rezeki ialah Solat, kita kena jaga solat.

Allah menurukan rezeki mengikut kadar seperti kehendak dan pengetahuanNya(Surah Syura ayat 27)

  • “Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya niscaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat.”- Syura ayat 27
  • Allah dengan pengetahuanNya, kalau dia miskin dia akan syirik, yang ini kalau kaya dia akan lupa kepada Allah, yang ini kalau sihat dia akan melampau jadi aku bagi dia sakit , Allah bagi mengikut maslahat seseorang manusia.
  • Kalau kita faham ayat ini, kita redha dan terima dan tenang, Engkau Maha Mengetahui yang terbaik, jadi kita banyak masa untuk fokus ibadah Akhirat

Istighfar sebagai punca dapat rezeki (Surah Nuh ayat 10-12)

  • “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun (ayat 10). Niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu(ayat 11). Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
  •  Hadith “ Siapa yang istighfar Allah akan jadikan kesedihannya –kegembiraan, kesempitannya kelapangan”
  • Nabi sibuk sebagai ketua negara, ketua agama, ketua panglima perang, ketua hakim, Isteri 9 tapi tak pernah tak istighfar 100x sehari. Kita? Nabi dengan kita siapa lebih sibuk ( deep)
  •  Imam Hasan Al-Basri berkata: Aku tahu rezekiku tidak mungkin tertukar dengan rezeki orang lain, kerana itu hatiku tenang. Aku tahu amal-amalku tidak boleh digantikan oleh orang lain, maka ku sibukkan diriku bekerja dan beramal.

AKHIR KATA

  • Bila faham konsep rezeki kita akan rasa tenang dan fokus keutamaan mencari pahala untuk di bawa ke akhirat
  • Tidak salah untuk bekerja malah bekerja juga dikira sebagai ibadah dengan niat menafkahi ahli keluarga tetapi mestilah menitikberatkan aspek solat, menjaga pergaulan, menjaga aurat dan tingkahlaku.
  • Memahami konsep rezeki dan sebab dapat rezeki dapat membantu kita lebih wanaah, berlapang dada dengan pemberian Allah, sedikit mahupun banyaknya harta, sihat dan sakit kesemuanya merupakan ujian dari Tuhan buat hambaNya untuk meraih pahala paling baik yakni Syurga
  • Memahami konsep rezeki dan sebab dapat rezeki juga dapat membuat kita lebih fokus menambah amal ibadah, meningkatkan amal taqwa kerana yakin rezeki sudah ditetapkan tidak bertambah malah berkurang dan kita tidak akan mati melainkan rezeki yang tertulis belum lagi kita habiskan.
  • Namun, kita tidak boleh memandang enteng akan usaha untuk belajar meningkatkan ilmu kemahiran untuk mencari pekerjaan yang baik dan halal kerana yakin perintah Allah untuk keluar bekerja.
  • Bekerja tak salah menyimpan juga tak salah, tetapi janganlah sampai bekerja sehingga lupakan ibadah dan Al Quran
  • Apa sahaja profession kita di dunia kita jadi yang terbaik dan bermanfaat untuk ummah kerana hakikatnya tujuan semua manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah.
  • Rezeki khusus yang dikhaskan untuk orang beriman adalah lebih mahal dan berbaloi untuk kita rebut dalam masa yang sama tidak melupakan bahagian di akhirat tanggungjawab kepada ahli keluarga, infaq kepada yang memerlukan.

Sekian sahaja perkongsian nota dari Ibu Izz Auni Isa Tasnim, jom dengar sendiri kuliah agar lebih rasa bermakna dan berkesan hingga ke hati paling dalam kita. Perjuangan di dunia ini memang berat dan payah, kita usaha sebaik mungkin dan berehat di alam sana.