Al Quran · IBRAH 114 · Kembara Ilmu · TADABBUR

Apakah MAKNA AL quran bagi hidupku?

Salam tahun baru 2020,

Alhamdulillah berkesempatan hadir ke kuliah Apakah Makna Al Quran bagi hidupku oleh Ustazah Dr Sholihah Kaswari di Quranic Parenting 11 Jan yang lalu. Rasanya saya memang dah jatuh cinta dengan penerangan tafsiran dan kupasan ayat ayat Al Quran oleh Ustazah. Semoga berkesempatan untuk belajar lagi dan lagi..

APA YANG SAYA TAHU TENTANG AL QURAN

Ustazah mulakan dengan perkongsian dari Ibnu Qayyim al Jauziyyah

Pilihan di tangan kita, semakin jelas kita menyelami maksud ayat ayat Allah, semakin kita akan jelas tujuan kita di dunia sebagai musafir yang ingin selamat sampai ke Akhirat, yg kekal abadi.

BAGAIMANA INTERAKSI SAYA SELAMA INI DENGAN AL QURAN?

Juga petikan dari kata kata Ibnu Qayyim al Jauziyyah.

KONSEP AL QURAN

Apakah Al Quran, untuk apa, bagaimana dapat menyelamatkan kita?

AL QURAN

Al Quran itu adalah kitab yang mengandungi keberkatan (Al Barakah) untuk kita fahami pelajari (Tadabbur)  dan dijadikan peringatan (Zikra)  sebagai panduan hidup (Hidayah) untuk capai kebahagiaan (Saadah)  dunia akhirat. Insya Allah

APAKAH HAK HAK AL QURAN

Kita perlu ketahui Hak Hak Al Quran yang perlu kita lunaskan sebagai seorang Muslim dan Mukmin

HAK HAK AL QURAN

1) AL TASDIQ (Al Isra’ :88) : Membenarkan apa yang di dibawakan di dalam Al Quran, inilah yang paling banyak ditentang oleh orang kafir malah kita orang Muslim juga tidak terkecuali jika hanya menerima sebahagian dari kandungan Al Quran dan menolak mengikut akal dan nafsu kita sendiri..Wallahualam

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”. (Al-Israa’ 17:88)


2) AL ISTIMA’ (Al A’raf:204) : Mendengar, keutamaan utama Al Quran adalah untuk didengari,

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Al-A’raaf 7:204)

Waktu yang paling baik untuk dengar Al Quran ialah pada waktu malam sebagaimana di dalam ayat 6 Surah Muzammil

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil 73:6)

3) Al QIRAAH (Al Muzammil:20) : Baca dan fahami Al Quran, baca ketika susah atau senang, baca ketika sakit atau musafir walau apa pun keadaan kita sehinnga ditekankan 2 kali ayat “Bacalah apayang mudah dari Al Quran”

فَاقْرَؤُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).

Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Muzzammil 73:20)


4) AL TILAWAH (Al Ankabut:45): Hak AL Quran seterusnya ialah dibaca dalam solat dengan kefahaman

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-‘Ankabuut 29:45)


5) AL TADABBUR (Muhammad:24) : Hak Al Quran yang paling istimewa adalah perlu di Tadabbur yakni di fahami sehingga perkataan tadabbur di sebut 4 kali di dalam Al Quran, salah satunya di dalam ayat 24 Surah Muhammad

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad 47:24)


6) AL TADHAKUR (Sad:29) : Hak Al Quran setersunya ialah perlu di tazakkur, ingat dan kita boleh guna @ “apply’ ketika dalam pelbagai keadaan kita

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Saad 38:29)


7) AL ITTIBA’ (Al An’am: 155) : Al Ittiba’ bererti setelah kita faham maka kita ikuti segala panduan,saranan,larangan Allah yang termaktub di dalam Al Quran supaya kita boleh rahmat, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Al-An’aam 6:155)

Nota dari sahabat lain, Pn Nazrah boleh jenguk sini Hak Hak Al Quran

TADABBUR SEBAGAI HAK ISTIMEWA AL QURAN

KONSEPSI TADABBUR

CARA MEREALISASIKAN TUJUAN TADABBUR

CONTOH PRAKTIS TADABBUR AYAT AL QURAN

Terdapat 3 golongan profil pembaca Al Quran dan di manakah kedudukan kita?

1)Profil Ahli Syurga – Surah Ad Dzariyat ayat 17-19, yang sedikit tidur malamnya, meminta keampunan pada waktu pagi dan bersedeqah kepada orang yang meminta mahupun tidak meminta

2) Profil Pertengahan – Surah At Taubah ayat 102 , Yang mencampuri perbuatan baik dan buruk, mengakui dosa juga bertaubat.

3) Profil Ahli Neraka – Surah Mudathir ayat 42-47, Yang tidak solat, tidak tolong orang miskin dan tenggelam dalam kebatilan.

SYARAT SYARAT TAFAKKUR UNTUK MERAIH IBRAH

Siapakah Ulul Albab, Ulul Absar dan Ulul Nuha?

Dari perkongsian Ustazah Solihah sendiri, boleh klik Ulul Albab Ulul Absar Ulul Nuha.

Atau saya ‘copy disini’

3 ULUL (Ulul Absar, Ulul Albab dan Ulun Nuha)

Jika kita mampu mengabstraksikan sesuatu yang real iaitu ayat-ayat kauniyyah (semesta alam) dan takwiniyyah (fenomenannya) menjadi sebuah pengajaran (ibrah) yang membawa pada keimanan, maka itulah Ulul Absar.

Jika kita mampu mengabstraksikan sesuatu yang abstrak (ayat-ayat qur’aniyyah) menjadi suatu peringatan (zikra) yang membawa pada kesedaran, maka itulah Ulul Albab.

Jika kita mampu merealisasikan ibrah dan zikra yang tersurat dan tersirat dalam ayat-ayat kauniyyah, takwiniyyah dan qur’aniyyah, menjadi suatu ketaatan (ta’ah) yang membawa pada penahanan nafsu, maka itulah Ulul Nuha.

Oleh itu,

Berakallah dengan menggunakan deria untuk mendapatkan maklumat/pengetahuan.

Berfikirlah dengan menggunakan fitrah/hati nurani untuk mendapat keimanan.

Berzikirlah dengan menggunakan sistem ganjaran untuk mendapat kesedaran dalam berakhlak/berperilaku baik.

Dengan berilmu, beriman, dan berakhlak, bermakna kita telah mendapat tiga kecerdasan dalam aspek IQ, SQ dan EQ.

Mari sama-sama kita jangan mensia-siakan ayat- ayat Allah (qur’aniyyah, kauniyyah dan takwiniyyah), iaitu dengan jalan mengaplikasikan deria pendengaran (as-sam’u), penglihatan (al-basaru), dan perasaan (al-fu’adu) terhadap ketiga-tiga ayat tersebut agar selamat daripada menjadi bahan api neraka.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ

Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. (Al-A’raf 7:179)

SIAPAKAH SAHABAT AL QURAN

Jom hayati nota Pn Siti Aminah Sulaiman, mengenai siapakah sahabat AL Quran Nota Siapakah Sahabat Al Quran

SIAPAKAH PENGABAI AL QURAN

Di dalam Surah Al Furqan, ayat 30

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (Al-Furqaan 25:30)

Risau risau kita yang termasuk dalam golongan pengabai Al Quran ini , Masya Allah nauzubillah.

JOM TINGKATKAN ILMU AL QURAN

Jom kita sama sama usaha pelajari , fahami intipati Al Quran dan akhirnya amalkan dalam kehidupan di dunia untuk bahagia dan selamat di dunia & akhirat. Caranya bagaimana?

1) Cari kelas belajar Al Quran dan daftar. Peruntukkan sedikit wang untuk belajar memahami Al Quran (search fb Ibrah 114, Tadabbur Centre, Rumah Rami, Akademi Sinergi Ikhlas, Al Maghrib Malaysia, JOQ Jewels Of Quran)

Sebagai contoh, ‘target’ saya sepanjang 2020 – sebulan 1 kelas fizikal/face to face untuk hadir. Saya lebh menyukai pembelajaran kelas secara lansung sebab mudah nak faham dan komitmen diperuntukkan tanpa gangguan/kesibukan hal lain (keluarga/businesss)

2) Belajar secara online melalui perkongsian FB live, U tube dan pelbagai saluran yang menawarkan kelas/kuliah secara percuma. Banyak sangat! Yang perlu kita lakukan, lapangkan masa untuk mendengar dan mencatat. Selalunya saya cuba untuk mendengar seminggu 1-3 kali dan catat isi penting dalam buku.

3) Tulis kembali apa yang kita belajar. Selalunya saya akan catat di dalam buku nota dahulu dan kemudian baru saya tulis semula di blog seperti artikel ini. Bila kita cuba usaha untuk tulis kembali, kita akan ‘recall’ segala nota dan memori sewaktu belajar/dengar kuliah untuk mengeluarkan isi isi penting.

4) Kongsikan bersama yang terdekat dan tersayang. Pada mulanya niat saya menulis di blog nak berkongsi dengan ibu ayah dan suami. Lama kelamaan saya meluaskan pandangan ke hadapan dan berkongsi untuk semua yang berminat ingin membaca. Semoga menjadi amalan jariah kongsikan ilmu bermanfaat, atas sebab ini saya usaha menulis di blog/fb(public post). Insya Allah doakan semoga istiqamah.

Sekian sahaja untuk kali ini, akan dikemas kini dari masa ke masa.

Semoga bermanfaat,

Ibu Izz Auni Isa